Tuesday, December 31, 2013

Adakah seizure itu sawan babi?

Salah sama sekali.

Seizure ialah satu fenomena dalam otak manusia yang tidak dapat dikawal seperti selalunya. Penyakit jenis ini mempunyai dua jenis; 1)keseluruhan & 2)fokal. 

Seizure keseluruhan (Generalised seizure) didefinisikan sebagai rangsangan keseluruhan otak secara berlebihan. Jadi segala pergerakan badan & lain-lain akan menjadi tidak normal.

Lain pula bagi seizure fokal (Focal seizure) kerana ia hanya melibatkan sebahagian kecil otak yang dirangsang secara berlebihan. Dalam penyakit ini, pesakit akan menunjukkan pergerakan tidak normal dibahagian anggota badan yang tertentu sahaja.

Baiklah, mungkin pergerakan babi itu yang terketar-ketar & laju membuatkan orang menggunakan perkataan 'sawan babi' ini. 

Tapi, macam mana kita boleh menilai atau percaya sesuatu perkara yang kita TAK TAHu?

Friday, December 27, 2013

Kuasa Angin (lolz bunyi gempak)


Macbook Air 11'inches Haswell 2013.

Syukur alhamdulillah sangat-sangat sebab diberi peluang untuk merasa mesin berkuasa ni.
Terima kasih kepada kedua ibubapa yang memahami kias-kias bahasa untuk mendapatkan mesin ni. Macam-macam teknik telah aku gunakan untuk menyampaikan kiasan-kiasan dan ianya berjaya.

SYUKUR. Dah, study.