Tuesday, December 31, 2013

Adakah seizure itu sawan babi?

Salah sama sekali.

Seizure ialah satu fenomena dalam otak manusia yang tidak dapat dikawal seperti selalunya. Penyakit jenis ini mempunyai dua jenis; 1)keseluruhan & 2)fokal. 

Seizure keseluruhan (Generalised seizure) didefinisikan sebagai rangsangan keseluruhan otak secara berlebihan. Jadi segala pergerakan badan & lain-lain akan menjadi tidak normal.

Lain pula bagi seizure fokal (Focal seizure) kerana ia hanya melibatkan sebahagian kecil otak yang dirangsang secara berlebihan. Dalam penyakit ini, pesakit akan menunjukkan pergerakan tidak normal dibahagian anggota badan yang tertentu sahaja.

Baiklah, mungkin pergerakan babi itu yang terketar-ketar & laju membuatkan orang menggunakan perkataan 'sawan babi' ini. 

Tapi, macam mana kita boleh menilai atau percaya sesuatu perkara yang kita TAK TAHu?

Friday, December 27, 2013

Kuasa Angin (lolz bunyi gempak)


Macbook Air 11'inches Haswell 2013.

Syukur alhamdulillah sangat-sangat sebab diberi peluang untuk merasa mesin berkuasa ni.
Terima kasih kepada kedua ibubapa yang memahami kias-kias bahasa untuk mendapatkan mesin ni. Macam-macam teknik telah aku gunakan untuk menyampaikan kiasan-kiasan dan ianya berjaya.

SYUKUR. Dah, study.

Saturday, October 12, 2013

Misi Naik Tahun 4



Peperiksaan Pro II dah tak lama. Peperiksaan ni sangatlah penting bagi semua pelajar Tahun 3 Perubatan & Pergigian kat sini untuk terus capai cita-cita masing-masing. Aku sangatlah nak lulus cemerlang dalam peperiksaan ni. Nak lulus cemerlang kenalah bersusah payah sikit.

Memanglah dalam FB, aku macam main-main banyak. Tapi 'hello' aku sedang dalam terapi 'Study Group' tau dak. 

Doakan yang terbaik untuk kita semua. Amin.

Friday, August 2, 2013

Koleksi Rekaan Seni

Sepanjang Tahun 2 di USM, aku banyak terlibat dalam bahagian rekaan seni grafik.
..................
Ni lah antaranya:
...................
#1. Karnival Sukan Persatuan Sains Pergigian (PSG)

#2. Rekaan Struktur Organisasi PSG

#3. Jamuan Hari Raya PSG

#4. Karnival Olahraga PSG

#5. Kejohanan Badminton & Ping Pong PSG

#6. Rekaan Pamplet USM Convocation Expo, CONVEX

#7. Teaser Laman Web PSG

......................
Dan beberapa yang lain lagi.


Saturday, July 27, 2013

Kawan lama.
................

Naik Tahun 3 Pergigian

Lama gila aku tunggu waktu ni
.................
Ringkasan keseluruhan Tahun 2 Pergigian:
..................
#1. Tahun 2 mula dengan Dental Month. Hampir sebulan kelas tambahan semasa waktu cuti sebelum Hari Raya Aidilfitri.
.................
#2. Program besar pertama aku urus, USM Convocation Expo CONVEX. Aku tak suka sangat. Haha, terasa pengarah nanti.
.....................
#3. Keluar daripada tekanan belajar, aku pi Rantau Panjang cari anak ikan. Tapi tak ada, mungkin orang Rantau Panjang tak layan anak ikan.
......................
#4. Malam Raya Persatuan Sains Pergigian (PSG). Malam tu aku dapat anugerah.
....................
#5. PSG kerap buat program dalam semester kali ni. Penat juga kami pelajar tahun 2. Antaranya, Grand PSG Meeting. Tahun ni buat di Pantai Cahaya Bulan Resort. Tak cantik sangat tempat ni.
....................
#6. Kali ni Amal Lotfy mengganas. Pertandingan Badminton & Ping Pong PSG. Tapi dalam banyak-banyak program PSG, kali ni yang paling kaya. Hebat EXCO Penajaan, Kunoor Asma.
......................
#7. Kali ni, PSG buat lagi program berteraskan sukan. Lawan ikut tahun pengajian. Banyak jenis sukan ada dalam program 2 hari tu. Tahun 2 kalah kepada Tahun 5 dalam Bola Tampar Lelaki. Nampak tak aku lompat tu?, yang warna kelabu.
.........................
#8. Sukan Antara Desasiswa USM, SUKAD kali ni, aku masuk Bola Keranjang lagi. Pasukan aku kali ni memang dah cukup lengkap. 
.....................
#9. Community and Family Cases Study, CFCS. Okay, yang ni program ilmiah dan penting untuk markah peperiksaan akhir tahun 3 nanti. Dalam program ni, pergaduhan dengan salah satu kumpulan pelajar perubatan berlaku.
....................
#10. Hari Lahir Aiman. Penting tarikh ni sebab setakat ni hadiah dia paling mahal. Tengoklah!
 
.......................
#11. Paintball !!! Yang ni paling gempak. Sakit habaq hang!
......................
#12. Program Run For Cleft PSG merupakan salah satu program yang mencabar dalam banyak-banyak program yang aku masuk. Rasa puas bila program ni lancar. Tema tahun ini, "For A Brighter Smile".
......................
#13. Sebelum masuk peperiksaan Selanjar 2 Perubatan, aku dan kawan yang lain, pergi jalan-jalan ke Melaka. Memang ideal untuk persiapan peperiksaan.
........................

AKHIR SEKALI
Tamat tahun 2.


Wednesday, July 24, 2013

Objective Structured Clinical Examination - OSCE

There are 3 stations:
1. Hyperthyroidism
2. Diabetic Foot Ulcer
3. Indwelling Catheter passive station
............................
The patient with the diabetic foot present with an ulcer on the medial malleolus of her left leg.
.............................
First thing came across my mind, "is it real?"
............................
If it was a real ulcer, it was so damn scary... But if it wasn't, thumbs up to the artist!

Friday, July 19, 2013

Waktu Petang Ramadhan

Haha, sukanya tengok gambar ni. (#biru).
..............
Sekarang musim peperiksaan, puasa lagi.. Memang faktor penolak untuk main lagi.
............
Tapi tak apa, aku ada Dental Month untuk main bola keranjang lagi semasa puasa ni.



Thursday, July 18, 2013

Peperiksaan

"Penat belajar ni lagi penat daripada penat main bola keranjang."
...........
"Lain pemain, lain kebolehan dia. Yang penting, pulun habis baik."
..........
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Aku & Dolah