Saturday, July 27, 2013

Naik Tahun 3 Pergigian

Lama gila aku tunggu waktu ni
.................
Ringkasan keseluruhan Tahun 2 Pergigian:
..................
#1. Tahun 2 mula dengan Dental Month. Hampir sebulan kelas tambahan semasa waktu cuti sebelum Hari Raya Aidilfitri.
.................
#2. Program besar pertama aku urus, USM Convocation Expo CONVEX. Aku tak suka sangat. Haha, terasa pengarah nanti.
.....................
#3. Keluar daripada tekanan belajar, aku pi Rantau Panjang cari anak ikan. Tapi tak ada, mungkin orang Rantau Panjang tak layan anak ikan.
......................
#4. Malam Raya Persatuan Sains Pergigian (PSG). Malam tu aku dapat anugerah.
....................
#5. PSG kerap buat program dalam semester kali ni. Penat juga kami pelajar tahun 2. Antaranya, Grand PSG Meeting. Tahun ni buat di Pantai Cahaya Bulan Resort. Tak cantik sangat tempat ni.
....................
#6. Kali ni Amal Lotfy mengganas. Pertandingan Badminton & Ping Pong PSG. Tapi dalam banyak-banyak program PSG, kali ni yang paling kaya. Hebat EXCO Penajaan, Kunoor Asma.
......................
#7. Kali ni, PSG buat lagi program berteraskan sukan. Lawan ikut tahun pengajian. Banyak jenis sukan ada dalam program 2 hari tu. Tahun 2 kalah kepada Tahun 5 dalam Bola Tampar Lelaki. Nampak tak aku lompat tu?, yang warna kelabu.
.........................
#8. Sukan Antara Desasiswa USM, SUKAD kali ni, aku masuk Bola Keranjang lagi. Pasukan aku kali ni memang dah cukup lengkap. 
.....................
#9. Community and Family Cases Study, CFCS. Okay, yang ni program ilmiah dan penting untuk markah peperiksaan akhir tahun 3 nanti. Dalam program ni, pergaduhan dengan salah satu kumpulan pelajar perubatan berlaku.
....................
#10. Hari Lahir Aiman. Penting tarikh ni sebab setakat ni hadiah dia paling mahal. Tengoklah!
 
.......................
#11. Paintball !!! Yang ni paling gempak. Sakit habaq hang!
......................
#12. Program Run For Cleft PSG merupakan salah satu program yang mencabar dalam banyak-banyak program yang aku masuk. Rasa puas bila program ni lancar. Tema tahun ini, "For A Brighter Smile".
......................
#13. Sebelum masuk peperiksaan Selanjar 2 Perubatan, aku dan kawan yang lain, pergi jalan-jalan ke Melaka. Memang ideal untuk persiapan peperiksaan.
........................

AKHIR SEKALI
Tamat tahun 2.


1 comments:

ILA SYAMILA ♥♥ said...

aku akan baca balik entri ni masa aku nak grad nanti. serius :'D